5 Ketakutan Ibu Mengandung Anak Kedua
Ada orang serik, tapi sejauh mana serik nak bersalin tu orang kata takkan lama..bila anak-anak dah besar, naluri seorang ibu akan rindukan saat mereka masih bayi.. urm, sebab tu lah lahir anak no.2.. yes ada betulnya sesetengah orang x excited sangat nak menyambut baby no.2, maybe sebab dah ada pengalaman, so, ibu-ibu buat sambil lewa je.. For me, saya sangat excited, penjagaan pun lebih teliti dari sebelumnya. Cuma, barang-barang keperluan baby tu tak semua beli baru, kene berjimat kan, mane yang elok boleh pakai lagi..
Jom tengok apa ketakutan dan kerisauan yang para ibu hadapi semasa mengandung kali ini...
#1. Takut tidak dapat menyayangi anak kedua seperti anak pertama
Apabila anak yang pertama lahir, ibu akan mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada anak itu. Anak akan di tatang bagai minyak yang penuh. Semua kemahuannya dituruti. Semua yang terbaik untuk anak pertama kita itu.
Jadi, ibu mula risau bagaimana ingin membahagi kasih sayangnya dengan anak kedua pula? Mampukah ibu menyayanginya seperti anak pertama?
Sebenarnya ibu mampu menyayangi setiap anak sama rata. Ikatan antara ibu dan anak kedua bakal terbentuk secara semulajadi. Ibu haruslah buka hati untuk menerima kehadiran orang ke-empat dalam keluarga.
Cara yang lebih proaktif, banyakkan membaca, ambil tahu mengenai kandungan (selalunya mengandung anak kedua ibu dah mula sambil lewa), selalu mengusap bayi dalam kandungan, dan selalu bercakap-cakap dengannya supaya kalian berdua sentiasa berhubung.

#2. Takut dengan proses kelahiran yang bakal dilalui
Rata-rata ibu yang pernah melahirkan anak pertama akan takut untuk menghadapi kelahiran kali kedua.
Pengalaman pertama ibu yang selalunya 'mengerikan' buatkan ibu serik nak bersalin lagi. alhamdulilah ALLAH mudah urusan saya untuk bersalin. rasa sakit yang tidak lama..dua-dua anak saya, pengalaman sakit bersalin yang saya rasa paling terkesan masa melahirkan anak ke dua...=.=..
Ketahuilah ibu, proses melahirkan anak kedua rasanya jauh lebih mudah berbanding anak pertama (walaupun sakit kontraksi masih serupa). Ini kerana sudah ada laluan / bukaan berbanding yang pertama dulu.
masa nak bersalin anak kedua, suami ada temankan..berlainan pengalaman bersalin anak sulung. suami tidak sempat untuk temankan..Para suami amat memainkan peranan waktu ini untuk cuba menghilangkan ketakutan dan menenangkan emosi isteri. Selalu berada di samping isteri dan beri kata-kata semangat yang diharapkan.
#3. Takut tidak dapat menyusukan dengan susu ibu
Apapun pengalaman menyusukan anak pertama dah ada, ia tidaklah sama dengan anak kedua kerana tidak ada dua bayi yang serupa walaupun ia lahir dari rahim yang sama..tolong niat dan nekad untuk melakukan penyusuan yang terbaik untuk anak kedua.
Jangan lupa juga untuk doakan dipermudahkan urusan dalam penyusuan...insyaALLAH susu badan akan melimpah ruah..
Jika ada masalah dalam penyusuan, mintalah nasihat doktor, jururawat atau pakar menyusu.
Jika ada masalah dalam penyusuan, mintalah nasihat doktor, jururawat atau pakar menyusu.
Klik Link Bantuan ibu Menyusu dengan jayanya
#4. Takut meninggalkan anak pertama bila hendak bersalin
Perasaan ini sangat normal bagi semua ibu. Lagi-lagi ibu tidak pernah meninggalkan anak terlalu lama. Ibu boleh jadi terlalu rindu pada anak pertama, fikirkan dirinya dirumah walaupun ibu sendiri sedang bertarung nyawa di bilik bersalin.
Oleh itu wahai ibu, 'be prepared'! Luangkan masa dengan anak pertama, ceritakan kebarangkalian ibu dan ayah bakal meninggalkannya untuk seketika untuk melahirkan adik baru. Minta tolong ahli keluarga, kawan-kawan atau jiran untuk menjaga sebentar anak kita. Jangan terlalu menekan emosi sendiri. InsyaAllah anak akan baik-baik saja dalam jagaan orang yang kita percaya.

#5. Takut tidak dapat melalui kehidupan dengan dua orang anak
Apabila ibu sudah melahirkan, automatik ibu akan tahu bagaimana nak mengatasi cabaran yang berlaku. Biasanya waktu ini anak pertama mula 'buat perangai' sebagai tanda dia mula iri hati dengan kasih sayang ibu terhadap adiknya. Tambahan lagi kami suami isteri pasangan PJJ..alahaii..
Ibu dan ayah mesti kreatif, ambil peranan yang proaktif supaya anak pertama tidak terasa tersisih. Semasa anak kedua tidur, luangkan masa dengan anak pertama dengan bermain, bercakap, memeluk dan menciumnya sama seperti dulu.
Seeloknya ibu dan ayah mulakan dari awal iaitu sejak dalam kehamilan lagi. Buatkan dia rasa seronok, teruja dan tak sabar untuk bermain dengan si kecil baru dalam keluarga.
melihat anak-anak yang comel, hilang terus sakitnya bersalin |
Ibu sebenarnya anda adalah seorang yang terpilih..seorang yang istimewa untuk mengandungkan seorang hamba ALLAH dalam rahim anda..berbangga lah..Seorang ibu anda sangat kuat dan tabah. Padamkan semua ketakutan yang ada. Jika ibu lain boleh kita juga boleh.
Bergembiralah menanti kehadiran permata syurga kedua dalam keluarga anda...
Bergembiralah menanti kehadiran permata syurga kedua dalam keluarga anda...
feel free to like & share!
credit to blog: http://nikshahana.blogspot.my, sy copy ye thanks....