Monday, November 2, 2015

Keracunan Makanan, Serik!

2 Nov2015_ Minggu lepas, hampir seminggu cuti sebab keracunan makanan. Bukan saya sorang je yang kene, my love Asyraf pun kene dan yang paling kesian, sampai hari ni ( dah nak masuk minggu ke-2) Asyraf still lagi cirit-birit. Saya plak, alhamdulillah hari kedua dah recover..

Dugaan ini banyak beri pengajaran secara tak langsung menjentik naluriku seorang ibu. So, mulai pagi tadi, saya tekad nak make breakfast untuk 2 orang cinta hati sy, Asy & Azl..insyaAllah.. So, kene prepare menu siap2 supaya tak kelam kabut fikir nak masak ape nanti.

Today, goreng kuih cucur badak, sorang 3 ketul.. okla kot utk permulaan. Pagi esok try buat yee mee goreng atau sizzling plak.. InsyaAllah...

Thursday, October 15, 2015

RIVERSE PSYCHOLOGY : teknik memujuk anak yang berjaya. Tak percaya? cubalah...

15102015_Khamis:

Assalamualaikum wbt... dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Di sini i nak share sikit teknik memujuk anak-anak yang agak praktikal, i sendiri dah buat dan hasilnya amat-amat memuaskan. Cumanya i belum pandai nak mengeksploitasikan teknik ni dalam berbagai perkara lagi.

First of all u all kene tahu apa maksud ni Riverse Psychology ni. "Get somebody do something you want by suggesting that they do the opposite".  Maksudnya mendapatkan sesuatu perkara dengan menyuruhnya melakukan perkara yang bertentangan. Boleh faham kot..

Contohnya, kes anak i sendiri la yang susah sgt nak makan ubat. I nak die makan ubat, selalunya i n mak2 lain mesti akan pujuk die mcm ni kan.. "sayang...minum vitamin ni sedap tau" 'sayang, kalau tak nak minum ni ibu bagi kat orang lainlah..n mcm-macam helahla..tapi still tak berjaya! so....

NOW after i gune taknik ni, ayat i memujuk mesti kene tukar. Selalunya budak-budak ni apa yang kita tak bagi/larang yang tulah diorang nak sangat kan... so, i buatlah ayat mcm ni.
" Ibu ada vitamin, Asyraf  tak boleh makan ni, ibu boleh makan, ayah boleh makan, Asyraf je tak boleh.."---ulang-ulangkan ayat yang semacam provoke taknak bagi die. Nak tau apa reaksi die? automatically Asyraf akan merayu-rayu nak makan vitamin/ubat... ha.. ape lagi, cepat2lah bagi time die nak tu. Beres..senang keje kan..

Now, mak-mak bolehla cuba teknik ni.. Sekian dulu.  


Monday, July 27, 2015

TANTRUM a.k.a anak mengamuk, protes

Anak oh anak.. sejak mencecah usia 2 tahun 2 bulan, anak dh pandai tunjuk ragam. Ekpress rasa marah dengan memberontak,baling barang dan berguling.. It"s normal.. mula-mula pelik juga knp perangai anak jadi mcmni?? before this die ok je..bila search kt Google, rupenya anak mengalami sindrome tantrum. Sesetengahnye tantrum bermula seawal kanak berusia 1 thun . Alhmdulillah ibu cept sedar sikap anak yg berubah, boleh handle dgn cara yg betul.

So far... sgt2 menguji kesabaran ibu dan ayah. 1 hari berjalan raya, badan penat, mengantuk buat Asyrf penat n moody, kejap2 nangis, gaduh dgn anak kawan, sampai ke mlm perangai nye cmtu, over aktif dan serba tak kene. geram je ibu ayah tgok. malu dgn kawan2..sabarjerla. Ibu pun tau, badan awak xselesa, mata mengantuk, tp awak lawan sebab ramai  orang datang rumah. Kalau xde orang dah tentu Asyrf tido awal.. Bila berborak dengan kawan2, masing2 bercerita kerenah anak yang sebaya mempunyai masalah tantrum. oh..ibu ingtkan, ibu je yang ada masalah nie.. takpe, anak nak membesar memang cmni.

Now, Ibu and ayah kene belajar mcmne nak handle anak yg Tantrum nie..cara lembut? halus? kasar? tegas?.. byk dah cari rujukan kt Google nih. insyaAllah ibu cuba praktikkan. Semoga Allah bantu ibu mendidikmu anak. Bak kata orang tua2 , melentur buluh biar dari rebungnya, sebelum terlambat, ibu dan ayah kene lebih alert hal ni.

That beberapa cara yg dapat dikongsi base on theory n pengalaman blogger2 lain:
http://syuhadahrazali.blogspot.com/
Peluk -  Cara paling baik peluk anak dari belakang. Tapi in case kalau anak kau dah tak boleh nak control kau peluk je macam mana cara pon. Peluk ni bagi dia satu ketenangan. Kasih sayang. Biar anak rasa safety bila kita peluk dia.

2. Mata - Aku akan berdiri selaras dengan mata anak.  Biar dia rasa selesa nak pandang. Kadang-kadang anak tak nak tengok sebab takut/ malu

3. Suara -  Ya. Ini paling penting, nada suara kena turunkan walaupon hati korang macam nak meletup bak gunung berapi. Biar kita bercakap atau tanya dengan suara lembut tapi tegas.

4. Pujuk - Korang boleh guna cara memuji. Contohnya, Asyraaf kan anak yang baik. Kenapa Asyraaf mengamuk ni. 

#JANGAN MARAH, Lagi diorang tambah-tambah perangai.


Ni plak dari web http://www.doktorbudak.com/
Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan tantrum?
Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:
  • Pastikan anak anda selamat.
  • Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
  • Jangan hukum anak anda.
  • Jangan berikan ganjaran.
  • Jika boleh, asingkan anak anda.
  • Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu.
baikan tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum. Ibubapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibubapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.
Ibubapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan.  ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak dari situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibubapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?
Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu. Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti didalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang,  bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
Urm.. confius sikit, nak pujuk terus ke nak abaikan...?? rasa2nye, kite try mana2 yg berkesan kot.  Kalau si anak tu suke dipujuk, pujukla elok2. 

Friday, July 3, 2015

Ramadhan Kareem 2015..Tuhan leraikanlah dunia..

Assalamualaikum wbt.

Sangat terkesan dihatiku dengan bait-bait lagu ini.. terkedu, menitis air mata.. Tuhan sesungguhnya aku masih jauh dari Mu...
~Antara Dua Cinta~
Apa Yang Ada Jarang Disyukuri
Apa Yang Tiada Sering Dirisaukan
Nikmat Yang Dikecap Baru Kan Terasa Bila Hilang
Apa Yang Diburu Timbul Rasa Jemu
Bila Sudah Di Dalam Genggaman

Dunia Ibarat Air Laut
Diminum Hanya Menambah Haus
Nafsu Bagaikan Fatamorgana
Di Padang Pasir

Panas Yang Membahang Disangka Air
Dunia Dan Nafsu Bagai Bayang-bayang
Dilihat Ada Ditangkap Hilang

Tuhan.. Leraikanlah Dunia
Yang Mendiam Di Dalam Hatiku
Kerana Di Situ Tidak Ku Mampu
Mengumpul Dua Cinta
Hanya CintaMu Ku Harap Tumbuh
Dibajai Bangkai Dunia Yang Kubunuh

Semoga di akhir2 ramadhan ini Tuhan bagi kekuatan dan kesihatan untuk mengejar peluang pahalaMu. Kerana aku sgt berharap Ramadhan kali ini lebih baik dan penuh makna bukan nya sia-sia...=(

Tuesday, May 19, 2015

FOKUS, SYUKUR DENGAN APA YANG ADA...

19.5.2015_Selasa

Apa yang tiada dikejar sampai tak sedar barang yang ada keciciran..akhirnya rugi diri sendiri. Kita sebagai manusia memang tak pernah puas dengan apa yang ada, duit seringgit mana cukup nak belanja kan..? itulah namanya nafsu..nak lagi dan lagi.... tak puas-puass...

Setelah tersedar dari dunia duitan ni, barulah teringat bahagian2 yang tercicir masa mengejar RM iaitu bekalan ke sana, amalan pahala,sedekah...sudah banyakkah?? lihat tabungan tak penuh-penuh..tak macam tabung duit, semakin hari semakin bertambah sampai lalai kita ni. Tabung pahala pun semakin hari semakin kurang..urmm tak baik tu. Bukan tak boleh jadi orang kaya yang beriman dan berbudi..tapi susah nak jadi macam tu. Dalam ramai-ramai org kaya hanya segelintir je yang budiman kn.. so, lupekanlah cita-cita nak menjadi kaya, UNLESS kita ada keimanan yang kuat, TIDAK terpengaruh dan lain-lain lagi...

So, fokus kt sini nak bagitahu, tambahlah amalan..buangkanlah Dunia dihatimu..tanamkan akhirat dijiwamu,.Semoga berjaya menjadi SOLEHAH Idaman Kalbu...

p/s:Love my baby Asyraf..

Wednesday, January 28, 2015

Islamic Perenting Seminar 24 Jan 2015




Alhamdulillah, syukur diperkenalkan dgn teknik mengasuh anak dgn Al-Quran dari bayi. Alhamdulillah juga saya telah amalkan dari bayi lagi (bagi dengar audio alif ba ta dan flash card). Sekarang anak saya berusia 1 tahun 9 bulan sudah mula kenal huruf-huruf  hijayiah dan boleh sebut satu persatu.... ini saya ajar secara tak formal maksudnya tak serius, kadang-kadang je saya train, tp alhamdulillah, anak saya minat arabic, zikir, azan dan org mengaji. Selepas saya join kursus islamic parenting oleh Lina Karim and the team baru-baru ni, saya jumpa ramai lagi peserta kursus yg telah mengamalkn teknik ini dan mereka berjaya mendidik anak mereka menghafal al-Quran.  Saya sangat teruja dan nak sangat anak saya pun boleh jadi macam tu, so, start daripada hari tu, saya berazam akan didik anak saya Al-Quran supaya menjadi darah dagingnya. Untuk train anak lelaki susah sikit sebab mereka cepat hilang fokus, tapi takpe..slow, slow..  banyak kelebihan bila al-Quran jadi nadi dalam diri anak-anak, antaranya suroh al-Kahf 1-10, boleh menjadi pendinding dari kejahatan dunia, insyaAllah..banyak lagi tips yang dipelajari untuk didik anak2 menjadi anak soleh, kalau nak tahu cuba pelajari daripada ibu-ibu yang telah berjaya anatarnya Puan Lina Karim anak-anaknya Darwish dan Darwisya..

p/s: Islamic perenting network.net tqvm!

Monday, January 5, 2015

Hijrah Hati,Nurani

Assalamualaikum wbt.

Dengan rahmat Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, ibu masih lagi bernafas di saat ini 5 Januari 2015. Sudah 28 tahun ibu hidup dimuka bumi Allah ini, sudah 2 tahun ibu bersama dengan ayah, dan sudah 1 tahun lebih ibu bersama Asyraf, Alhamdulillah...syukur dengan nikmat yang Allah beri kepada Ibu.
Dalam tak sedar masa berlalu, kita semakin menghampiri saat-saat matahari timbul dari Barat..ibu baru tersedar bertapa ruginya ibu selama ini. Ibu baru terasa takut akan Mati. Siapa akan menemani Ibu dalam kubur yang gelita itu? Siapa yang mahu tolong ibu saat Malaikat Munkar dan Nankir menyoal ibu? Sudah banyakkah amalan yang ibu bawa bersama? Banyakkah sedekah jariah yg ibu lakukan..?

Oh anakku Asyraf, engkaulah harta ibu  dan ayah disana..hanya doa seorang anak yang soleh dapat menolong kami. Wahai ibu disana, janganlah ditentang kemahuan anak jika mahu menjadi Al-Hafiz (penghafal Al-Quran), ketahuilah, mereka akan membawamu ke syurga, ajarkanlah mereka pengetahuan agama, supaya mereka menjadi Khalifah Allah yang beriman dan bertaqwa. Gilaplah mereka menjadi permata yang bersinar dicelah timbunan sampah dunia. Kejayaan didunia sementara, kejayaan akhirat selama-lamaya..MasyaAllah.

Hijrah penampilan: menutup aurat, alhamdulillah...walaupun bukan mudah dilakukan, dengan istiqamah, dorongan keluarga, masyarakat insyaAllah kita boleh lakukan. Siapa kata masyarakat tidak mendorong anda utk berubah? jika dipndang dari sudut negetif ya, memang anda akan terpengaruh dgn fesyen tekini dan lain-lain, tetapi jika melihat dari segi positif, ramai artis-artis kita yang sudah berhijrah. Jika dipandang dengan mata hati, kita akan rasa hidayah Allah itu mengalir dalam hati...Hidayah Allah datang dari pelbagai bentuk termasuklah, contoh dan teladan... Seperti ibu juga sebelum ini, bermula dgn seorg kawan yg berhijrah, naluri ibu rase terpukul, malu pada diri sendiri..why not me?? cuma kita yang tidak sedar...Allahu Akbar

Ibu suke perhatikan orang, ramai dah kawan-kawan ibu yang bertudung mengikut syariat.. Alhamdulillah, setiap orang dari mereka ini sebenarnya membawa mesej-mesej untuk orang lain. Hanya orang yang berfikir dan pandang dengan mata hati saja yang tahu dan rase...

Now, Hijrah Nurani..lebih kepada akhlak dan peribadi. It is hard for me.. banyak kelemahan dan keburukan dalam diri yang hanya kita saja tahu, dan hanya kita yang boleh ubah. Sangat-sangat susah melawan nafsu. Ibu selalu tewas dengan nafsu... Ibu-ibu sekalian, jangan dimarah jika anak-anak susah mendengar kata atau dididik, sebagaimana kita rasa susah untuk mendidik diri sendiri, inikan pula mahu mendidik orang lain?

Walau bagaimanapun susahnya, kita harus mencuba, sekurang-kurangnya kita berjihad melawan nafsu. Wahai suami doronglah isteri, sokonglah kerana keredhaan Allah kepada isteri terletak pada keredhaan suami. Wahai suamiku, ampunkan salah silap ibu, redhai lah Ibu. Wahai anak, Ibu sayang kamu dunia akhirat. Bintang dan Hati Ibu..

Buatlah checklist apa yang perlu kita ubah, moga-moga Allah membantu kita.. =)