Wednesday, June 29, 2011

PERISTIWA BATU TERAPUNG



 'Batu terapung' di Baitulmaqdis yang berada tidak jauh dari Masjid Al-Aqsa. Inilah kebesaran Allah. Apabila Dia mengatakan jadi maka jadilah ia. Perkara ini bukan satu dongeng cerita malam untuk anak-anak. Ia satu pedoman dan pengajaran untuk kita selami jiwa dan rohani kita untuk menjadi lebih dekat dengan Allah s.w.t.

Namun 'batu terapung' di Masjid Al-Aqsa bukan terapung didalam air, tapi terapung di udara. Seperti tergantung begitu sahaja, tidak bertali atau bertongkat!.
Batu terapung tersebut berhubung kait dengan peristiwa Israk Mikraj. Pada saat Rasulullah s.a.w hendak Mikraj batu tersebut hendak ikut bersama, tetapi Rasulullah s.a.w menghentakkan kakinya pada batu tersebut sebagai isyarat batu tersebut tidak dibenarkan ikut. Dari sejak peristiwa Israk Mikraj hingga kini batu tersebut masih terapung hingga kini.
Nabi Muhammad SAW pernah menyebut Al Aqsa sebagai “Masjid Kubah Biru”. Masjid Al Aqsa yang sebenarnya kini sudah diambil alih oleh Israel dan Israel merancang memusnahkannya bagi digantikan dengan tempat ibadah mereka yang dakwanya Masjid Al-Aqsa dibina atas tapak ibadah Yahudi 2000 tahun dahulu. Masjid baru yang dibina orang Yahudi iaitu Al Sakhrah tidak jauh disebelahnya dengan kubah “emas” ( yang sering terlihat di poster-poster yang disebarkan keseluruh dunia yang disebut sebagai Al Aqsa). Ini adalah strategi jahat Yahudi untuk mengaburi umat Islam tentang masjid Al Aqsa yang sebenarnya.

p/s: wallahualam.. 

No comments:

Post a Comment