So far... sgt2 menguji kesabaran ibu dan ayah. 1 hari berjalan raya, badan penat, mengantuk buat Asyrf penat n moody, kejap2 nangis, gaduh dgn anak kawan, sampai ke mlm perangai nye cmtu, over aktif dan serba tak kene. geram je ibu ayah tgok. malu dgn kawan2..sabarjerla. Ibu pun tau, badan awak xselesa, mata mengantuk, tp awak lawan sebab ramai orang datang rumah. Kalau xde orang dah tentu Asyrf tido awal.. Bila berborak dengan kawan2, masing2 bercerita kerenah anak yang sebaya mempunyai masalah tantrum. oh..ibu ingtkan, ibu je yang ada masalah nie.. takpe, anak nak membesar memang cmni.
Now, Ibu and ayah kene belajar mcmne nak handle anak yg Tantrum nie..cara lembut? halus? kasar? tegas?.. byk dah cari rujukan kt Google nih. insyaAllah ibu cuba praktikkan. Semoga Allah bantu ibu mendidikmu anak. Bak kata orang tua2 , melentur buluh biar dari rebungnya, sebelum terlambat, ibu dan ayah kene lebih alert hal ni.
That beberapa cara yg dapat dikongsi base on theory n pengalaman blogger2 lain:
http://syuhadahrazali.blogspot.com/
Peluk - Cara paling baik peluk anak dari belakang. Tapi in case kalau anak kau dah tak boleh nak control kau peluk je macam mana cara pon. Peluk ni bagi dia satu ketenangan. Kasih sayang. Biar anak rasa safety bila kita peluk dia.
2. Mata - Aku akan berdiri selaras dengan mata anak. Biar dia rasa selesa nak pandang. Kadang-kadang anak tak nak tengok sebab takut/ malu
3. Suara - Ya. Ini paling penting, nada suara kena turunkan walaupon hati korang macam nak meletup bak gunung berapi. Biar kita bercakap atau tanya dengan suara lembut tapi tegas.
4. Pujuk - Korang boleh guna cara memuji. Contohnya, Asyraaf kan anak yang baik. Kenapa Asyraaf mengamuk ni.
#JANGAN MARAH, Lagi diorang tambah-tambah perangai.
Ni plak dari web http://www.doktorbudak.com/
Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan tantrum?
Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:
- Pastikan anak anda selamat.
- Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
- Jangan hukum anak anda.
- Jangan berikan ganjaran.
- Jika boleh, asingkan anak anda.
- Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu.
baikan tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum. Ibubapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibubapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.
Ibubapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan. ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak dari situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibubapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?
Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu. Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti didalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang, bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
Urm.. confius sikit, nak pujuk terus ke nak abaikan...?? rasa2nye, kite try mana2 yg berkesan kot. Kalau si anak tu suke dipujuk, pujukla elok2.
No comments:
Post a Comment