Monday, May 30, 2011

KEMURUNGAN_AYAT KURSI _PENDINDING DIRI

 Ayat kerusi
Sesungguhnya manusia dijadikan perasaannya keluh kesah. Bila tiba waktunya pasti ia akan murung, gelisah dan ada yang tidak kena. Kenapa? Kerana Allah ingin mengingatkan kita kepada pencipta yang Maha Agung. Maklumlah manusia sentiasa ingin bergembira sehingga terleka dan alpa.Dia mahu kita kembali kepada fitrah manusia (iaitu hamba kepada Allah). Tak perlu merintih sendiri tetapi mintalah pertolongan kepada-Nya kerana Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Justeru itu, Al-Quran diturunkan sebagai guidline kepada manusia. Pelbagai method untuk mengatasi masalah kemurungan dan gelisah ini, iaitu menerusi wirid harian, mingguan dan bulanan terutama ayat Kursi, Yassin dan lain2.
Ayat kerusi mempunyai kelajuan gelombang yang dapat menjadi benteng daripada unsur2 jahat seperti iblis yang merupakan 1 bentuk tenaga yang boleh diubah atau ditukar bentuk dalam tenaga yang bergetar secara keseimbnagan dalam gelombang dan frekuaensi hijau. Amalan ayat Kursi dapat menjadi pelindung diri dimana jua kita berada.
Rasullullah juga telah mewasiatkan umatnya supaya membaca ayat Kursi sebelum tidur, sabdanya:

"Apabila salah seorang dari kamu hendak tidur, maka bacalah ayat Kursi. Sesungguhya dia sentiasa dalam jagaan Allah dan Syaitan tidak akan mengganggunya sehinggalah waktu fajar."
SELAMAT BERAMAL- Untuk kebaikan bersama =)


p/s: Source: Berubat Dengan Ayat Kursi by Harun Dr. Rasyid Hj. Tuskan. (read it!)

1 comment:

  1. malam tadi baca tak???hehe..kak maya.selamat bercuti.

    ReplyDelete