Monday, October 20, 2014

Menghitung hari untuk Kiamat.. !









Pesanan untuk mu ANAK..
Tentang hari Kiamat! Kita sekarang ni dipenghujung Masa. Bila-bila masa Kiamat akan tiba… Tanda2 kecil hamper 90% sudah ada.. Jika datang tanda kiamat besar yang pertama, Nauzubillah… pintu2 taubat yg selama ini terbuka luas akan tertutup.. Menyesal pun dah xberguna lagi… ibu harap sangat Asyraf akan jadi seorg hamba Allah yg soleh.. semua tu adalah bekalan menuju hari kiamat nanti sayang. Mungkin ibu xsempat nak menghadapi kiamat, tapi jika Umur kita panjang InsyAllah kita akan menghadapinya dengan iman..  Ibu akan cuba dari sekarang persiapan untuk mati dan kiamat. Jika ibu tiada, ingatlah pesanan ibu ni ye sayang… sampaikan juga kepada anak dan keturunan kita. Cube buka link ini http://www.youtube.com/watch?v=5G-X5Ll5NvU dengar tazkirah Ustaz ni sangat berguna dan jadi panduan bagi semua umat Islam.

***  http://www.youtube.com/watch?v=5G-X5Ll5NvU



Asyraf oh Asyraf..


01072014_ BANGI.

 3 hari kita balik kampung, kebetulan pula buah durian dah gugur. Rezeki Asyraf le tu. Pokok durian yang berbuah lebat tu pun pokok tempat ayah tanam uri Asyraf hehe.. Asyraf..asyraf.. sehari duk rumah tok macam2 awak kene yer.. jatuh dalam bilik menangis sakan, memang patut pun, lebam hidung anak ibu… sakit yer.. maaf ye sayang, ibu  tak tau awak nak terjatuh, kalau ibu nampak mesti ibu sambut awak… kesian anak ibu ni. Tapi anak ibu ni kuat, nangis sekejap je.. 
Hati ibu jadi risau kalau asyraf tak Poo Poo… takut asyraf berak sembelit. Setiap kali asyraf poo poo ibu mesti cek najis keras ke tak.. kalo lembut ibu rase syukur..alhamdulillah…. tapi kalau keras ibu akan usahakan bagi minum air masak banyak.. bagi makan buah.. buat bubur… dan makan sayur bayam. Semua tu untuk asyraf mudah buang air besar..
Asyraf dah nak masuk 1 tahun 2 bulan/ 14 bulan. Dah makin tinggi anak ibu ni. Meja makan pun asyraf dah terhantuk kepala..  lepas ni asyraf  tak boleh masuk dapur la..Otak pun dah makin bergeliga.. banyak aksi yang mencuit hati ibu dan ayah.. ayah kata Asyraf ni mcm panda. Ibu tanya kenapa? Ayah kata sebab asyraf ni suka buat aksi yang kelakar. Ibu kata kalau macam tu boleh letak di zoo la eh..hehehe.. Asyraf pun dah pandai azan, tapi alunan nya tak sape pun paham hahaha.. semoga anak ibu ni jadi anak yang soleh. Itulah harapan ibu dan ayah!
Sekejap je dah besar nak ibu ni.. sebab itulah ibu tulis tentang Asyraf. Bila dah lama nanti ibu lupe..lagipun ibu dah tua, sayang sangat kenangan terindah masa asyraf kecil2 ni.. bila ibu ingat semula buat hati ibu gembira. 

11082014_Isnin. Setahun 3 bulan@15 bulan… anak ibu dah makin cerdik. Pandai salam dengan org… macam-macam lagilah! Bukan main aktif lagi…. Tak larat ibu. Kadang2 sampai ibu rase stress. Tapi biasalah, itu lumrah kanak2 yg ingin belajar sesuatu yang baru… ibu tabahkan jugakla dengan aniq asyraf ni.. sabar jerla.. 4 hari lepas asyrf demam, makan xselera.. jumaat lepas, asyraf sakit perut, berak 2x.. hari sabtu n ahad pulak tak buang-buang.. ni dah hari isnin. Jiwa ibu tak tenteram..ibu takut asyraf berak sembelit. Setahu ibu, sepanjang 2 hari ni ibu suapkan bubur nasi kt asyraf. Harap2 tak sembelitlah… ibu kesian kt anak ibuni, kadang2 berak sampai berdarah. Tak elok bila selalu kene, boleh jadi buasir. Itu yg ibu risau sangat ni.. Jadi ibu pun dah tukar susu asyraf, susu ILHAm diperkaya dengan badam, kurma dan kismis.. harap2 dapat membantu system pencernaan dan Asyraf suke minum. Ya allah…lindungilah aku. Anak dan suami ku, permudahkanlah segala urusan kami, berikanlah kami kesihatan yg baik.
Amin ya Rabb..

25092014_khamis. Asyraf dah setahun 4 bulan. Assalamualaikum anakku! Semoga Adik sihat dan gembira saat ini Adik dirumah pengasuh. Ibu pula dipejabat. Hari ni ibu tiada mood berkerja. Asyik mengelamun n ingatkan Adik. Ibu rindu sangat kt Adik. Ibu selalu terfikir adakah ibu telah memenuhi keperluan Adik dan ayah. Ibu tak sempurna sayang. Ibu tak dapat buat seperti mana ibu2 lain layan anak dan suami mereka. Ibu tak tahu kenapa antibody ibu ni lemah sangat. Malam je ibu terus collapse., Penat sangat2. Maafkan ibu ye Adik dan ayah. Ibu akan cuba jadi yang terbaik untuk korang berdua… Doakan Ibu menjadi Ibu yg Mithali dan isteri yang solehah. Semoga ibu dapat masuk Syurga.. idaman ibu
OPPS!! Sebelum tu nak cerita, susu ILHAM yg dikilangkan dengan dengan ayat Al-Quran tu ibu dah stop kan bagi Asyraf minum. Sebab susu kurang Khaziat dari segi zat2 besi. Kebetulan Minggu tu jugak asyraf kene asma..teruk sampai kene ambil gas cair kahak. Maafkan Ibu dan ayah yer…

Tuesday, September 30, 2014

Sudah pandai berjalan




10062014 –Bangi. Anakku Asyraf sudah pandai berjalan. Lucu bila tengok jalannya yang masih belum lurus..terhuyung-hayang tapi berjiwa berani. Kadangkala jatuh tersungkur, tapi Asyraf hebat, tidak menangis dan bangkit meneroka alam. Bagus anakku! Kamu cepat belajar dan berani mencuba..  jika Asyraf amalkan prinsip ini sampai besar nanti, insyaAllah kejayaan akan menjadi milikmu sayang. Walau apa jua cabaran, susah ataupun berat, jika kita berani mencuba dan berusaha, kejayaan takkan kemana,pasti dalam genggamanmu. Tapi ingat! Jika Asyraf sudah Berjaya, jangan lupa pandang ke belakang, ibu dan ayah sentiasa menantimu sayang..

07062014- Bukit sagu Kuantan, keberanian dan semangat ingin tahu. Apa Asyaraf dah buat? Haaa…jangan tak tahu, tangan Asyraf melepuh terkena periuk nasi panas. Bukan ibu tak larang..tapi  Asyraf yang sentiasa ingin tahu tu sentiasa mencari peluang bila ibu leka. Apa yang kelakar sangat bila Asyraf menjerit nangis, tangan seperti melekat diperiuk nasi. Ibu punya gelabah, ingat Asyraf kene renjatan elektrik. Rupa-rupanya, sel2 otak asyraf belum menghantar isyarat supaya menarik tangan apabila tersentuh objek panas. haha, kelakar pun ada. Agaknya terkejut sangat la tu. Apa-apa pun semuanya ok dan ibu minta maaf sangat-sangat sebab ibu cuai… Ya Allah ampunkan ku kerana cuai menjaga amanahMu ini… 

09062014_Pejabat. Ibu banyak sangat kerja. Biasalah melayan kerenah pegawai di ANM sampai pening kepala. Perasaan Ibu masa tu asyik ingat pada Asyraf je.. Ibu tak sabar nak main dengan awak, nak peluk cium awak. Biarpun Asyraf ni gurau kasar dengan ibu..kadang-kadang gigit ibu. Sakit tau!
OKla.. nanti ibu sambung cerita lagi k.

 17062014-Bangi. Maafkan ibu, dah lama ibu xmasak bekal asyraf… ibu xtau kenapa, ibu jd malas sgt nak bangun pagi..berat sgt mata ibu. Setiap malam rase mengantuk sangat.. sedangkan, asyrf dah kurang bagun malam. Sepatutnya ibu makin segar-bugar…maafkan ibu. Esok ibu akan cube buat yg terbaik utk anak ibu ni membesar dengan sihat. Ibu cube jadi ibu yang terbaik untuk Asyraf dan      isteri yang terbaik untuk Ayah.
Hum.. perkembangan minggu ni, Asyraf dah pandai paggil ibuu… suke hati ibu dengar. Tapi jarang-jarang je keluar. Yang paling banyak asyraf panggil maakkkk… ni mesti terikut-ikut dengan anak pengasuh panggil mak dan Abah. Takpela.. mak atau ibu, itulah yang seorang ibu mahu dengar dari mulut anaknya. Rasa bahagia sangat.

Muhamad Aniq Asyraf, ibu sayanggg awak sangat2. Jangan lupe doakan ibu dan ayah supaya ditempatkan dikalangan orang beriman yer. Terima kasih anakku….!

Monday, September 29, 2014

PESANAN UNTUK ANAK TERCINTA EPISOD 01

Assalamualaikum anakku,

Comel tak anak ayam ni? Geram tak? macam itulah perasaan ibu kt awak.. geram sangat. Ibu rase nak peluk cium... sekejap je masa berlalu, anak ibu dah masuk 1 tahun 5 bulan... dah susah ibu nak gomol-gomol. 
Oklah, Ibu nak bagitahu, Blog ni KHAS untuk anak ibu Muhammad Aniq Asyraf bin Shahrul Azlan.. suatu hari nanti Asyraf dah boleh membaca... jenguk-jenguklah nota- nota dan pesanan ibu in. Manalah tahu, umur ibu tak panjang, paling kurang ibu dapat tinggalkan pesanan untuk anak kesayangan ibu ni. 

Alhamdulillah, ibu bersyukur dapat menghabiskan masa ibu dengan Asyraf... kesayangan, cinta hati ibu. Ingatlah kasih sayang ibu tiada tolok bandingannya... jadilah anak soleh ye.

Nanti ibu cerita lagi.. assalamualaikum insyaAllah jumpa lagi...