Monday, October 20, 2014

Asyraf oh Asyraf..


01072014_ BANGI.

 3 hari kita balik kampung, kebetulan pula buah durian dah gugur. Rezeki Asyraf le tu. Pokok durian yang berbuah lebat tu pun pokok tempat ayah tanam uri Asyraf hehe.. Asyraf..asyraf.. sehari duk rumah tok macam2 awak kene yer.. jatuh dalam bilik menangis sakan, memang patut pun, lebam hidung anak ibu… sakit yer.. maaf ye sayang, ibu  tak tau awak nak terjatuh, kalau ibu nampak mesti ibu sambut awak… kesian anak ibu ni. Tapi anak ibu ni kuat, nangis sekejap je.. 
Hati ibu jadi risau kalau asyraf tak Poo Poo… takut asyraf berak sembelit. Setiap kali asyraf poo poo ibu mesti cek najis keras ke tak.. kalo lembut ibu rase syukur..alhamdulillah…. tapi kalau keras ibu akan usahakan bagi minum air masak banyak.. bagi makan buah.. buat bubur… dan makan sayur bayam. Semua tu untuk asyraf mudah buang air besar..
Asyraf dah nak masuk 1 tahun 2 bulan/ 14 bulan. Dah makin tinggi anak ibu ni. Meja makan pun asyraf dah terhantuk kepala..  lepas ni asyraf  tak boleh masuk dapur la..Otak pun dah makin bergeliga.. banyak aksi yang mencuit hati ibu dan ayah.. ayah kata Asyraf ni mcm panda. Ibu tanya kenapa? Ayah kata sebab asyraf ni suka buat aksi yang kelakar. Ibu kata kalau macam tu boleh letak di zoo la eh..hehehe.. Asyraf pun dah pandai azan, tapi alunan nya tak sape pun paham hahaha.. semoga anak ibu ni jadi anak yang soleh. Itulah harapan ibu dan ayah!
Sekejap je dah besar nak ibu ni.. sebab itulah ibu tulis tentang Asyraf. Bila dah lama nanti ibu lupe..lagipun ibu dah tua, sayang sangat kenangan terindah masa asyraf kecil2 ni.. bila ibu ingat semula buat hati ibu gembira. 

11082014_Isnin. Setahun 3 bulan@15 bulan… anak ibu dah makin cerdik. Pandai salam dengan org… macam-macam lagilah! Bukan main aktif lagi…. Tak larat ibu. Kadang2 sampai ibu rase stress. Tapi biasalah, itu lumrah kanak2 yg ingin belajar sesuatu yang baru… ibu tabahkan jugakla dengan aniq asyraf ni.. sabar jerla.. 4 hari lepas asyrf demam, makan xselera.. jumaat lepas, asyraf sakit perut, berak 2x.. hari sabtu n ahad pulak tak buang-buang.. ni dah hari isnin. Jiwa ibu tak tenteram..ibu takut asyraf berak sembelit. Setahu ibu, sepanjang 2 hari ni ibu suapkan bubur nasi kt asyraf. Harap2 tak sembelitlah… ibu kesian kt anak ibuni, kadang2 berak sampai berdarah. Tak elok bila selalu kene, boleh jadi buasir. Itu yg ibu risau sangat ni.. Jadi ibu pun dah tukar susu asyraf, susu ILHAm diperkaya dengan badam, kurma dan kismis.. harap2 dapat membantu system pencernaan dan Asyraf suke minum. Ya allah…lindungilah aku. Anak dan suami ku, permudahkanlah segala urusan kami, berikanlah kami kesihatan yg baik.
Amin ya Rabb..

25092014_khamis. Asyraf dah setahun 4 bulan. Assalamualaikum anakku! Semoga Adik sihat dan gembira saat ini Adik dirumah pengasuh. Ibu pula dipejabat. Hari ni ibu tiada mood berkerja. Asyik mengelamun n ingatkan Adik. Ibu rindu sangat kt Adik. Ibu selalu terfikir adakah ibu telah memenuhi keperluan Adik dan ayah. Ibu tak sempurna sayang. Ibu tak dapat buat seperti mana ibu2 lain layan anak dan suami mereka. Ibu tak tahu kenapa antibody ibu ni lemah sangat. Malam je ibu terus collapse., Penat sangat2. Maafkan ibu ye Adik dan ayah. Ibu akan cuba jadi yang terbaik untuk korang berdua… Doakan Ibu menjadi Ibu yg Mithali dan isteri yang solehah. Semoga ibu dapat masuk Syurga.. idaman ibu
OPPS!! Sebelum tu nak cerita, susu ILHAM yg dikilangkan dengan dengan ayat Al-Quran tu ibu dah stop kan bagi Asyraf minum. Sebab susu kurang Khaziat dari segi zat2 besi. Kebetulan Minggu tu jugak asyraf kene asma..teruk sampai kene ambil gas cair kahak. Maafkan Ibu dan ayah yer…

No comments:

Post a Comment