10062014 –Bangi. Anakku Asyraf sudah pandai berjalan. Lucu
bila tengok jalannya yang masih belum lurus..terhuyung-hayang tapi berjiwa
berani. Kadangkala jatuh tersungkur, tapi Asyraf hebat, tidak menangis dan
bangkit meneroka alam. Bagus anakku! Kamu cepat belajar dan berani
mencuba.. jika Asyraf amalkan prinsip
ini sampai besar nanti, insyaAllah kejayaan akan menjadi milikmu sayang.
Walau apa jua cabaran, susah ataupun berat, jika kita berani mencuba dan
berusaha, kejayaan takkan kemana,pasti dalam genggamanmu. Tapi ingat! Jika
Asyraf sudah Berjaya, jangan lupa pandang ke belakang, ibu dan ayah sentiasa
menantimu sayang..
07062014- Bukit sagu Kuantan, keberanian dan semangat ingin
tahu. Apa Asyaraf dah buat? Haaa…jangan tak tahu, tangan Asyraf melepuh
terkena periuk nasi panas. Bukan ibu tak larang..tapi Asyraf yang sentiasa ingin tahu tu sentiasa mencari peluang bila ibu leka. Apa yang kelakar sangat
bila Asyraf menjerit nangis, tangan seperti melekat diperiuk nasi. Ibu punya
gelabah, ingat Asyraf kene renjatan elektrik. Rupa-rupanya, sel2 otak asyraf
belum menghantar isyarat supaya menarik tangan apabila tersentuh objek panas.
haha, kelakar pun ada. Agaknya terkejut sangat la tu. Apa-apa pun semuanya ok dan ibu minta maaf
sangat-sangat sebab ibu cuai… Ya Allah ampunkan ku kerana cuai menjaga amanahMu
ini…
09062014_Pejabat. Ibu banyak sangat kerja. Biasalah melayan
kerenah pegawai di ANM sampai pening kepala. Perasaan Ibu masa tu asyik ingat
pada Asyraf je.. Ibu tak sabar nak main dengan awak, nak peluk cium awak.
Biarpun Asyraf ni gurau kasar dengan ibu..kadang-kadang gigit ibu. Sakit tau!
OKla.. nanti ibu sambung cerita lagi k.
17062014-Bangi.
Maafkan ibu, dah lama ibu xmasak bekal asyraf… ibu xtau kenapa, ibu jd malas sgt
nak bangun pagi..berat sgt mata ibu. Setiap malam rase mengantuk sangat.. sedangkan,
asyrf dah kurang bagun malam. Sepatutnya ibu makin segar-bugar…maafkan ibu.
Esok ibu akan cube buat yg terbaik utk anak ibu ni membesar dengan sihat. Ibu
cube jadi ibu yang terbaik untuk Asyraf dan
isteri yang terbaik untuk Ayah.
Hum.. perkembangan minggu ni, Asyraf dah pandai paggil ibuu…
suke hati ibu dengar. Tapi jarang-jarang je keluar. Yang paling banyak asyraf
panggil maakkkk… ni mesti terikut-ikut dengan anak pengasuh panggil mak dan Abah.
Takpela.. mak atau ibu, itulah yang seorang ibu mahu dengar dari mulut anaknya. Rasa bahagia sangat.
Muhamad Aniq Asyraf, ibu sayanggg awak sangat2. Jangan lupe
doakan ibu dan ayah supaya ditempatkan dikalangan orang beriman yer. Terima
kasih anakku….!
No comments:
Post a Comment