Wednesday, January 28, 2015

Islamic Perenting Seminar 24 Jan 2015




Alhamdulillah, syukur diperkenalkan dgn teknik mengasuh anak dgn Al-Quran dari bayi. Alhamdulillah juga saya telah amalkan dari bayi lagi (bagi dengar audio alif ba ta dan flash card). Sekarang anak saya berusia 1 tahun 9 bulan sudah mula kenal huruf-huruf  hijayiah dan boleh sebut satu persatu.... ini saya ajar secara tak formal maksudnya tak serius, kadang-kadang je saya train, tp alhamdulillah, anak saya minat arabic, zikir, azan dan org mengaji. Selepas saya join kursus islamic parenting oleh Lina Karim and the team baru-baru ni, saya jumpa ramai lagi peserta kursus yg telah mengamalkn teknik ini dan mereka berjaya mendidik anak mereka menghafal al-Quran.  Saya sangat teruja dan nak sangat anak saya pun boleh jadi macam tu, so, start daripada hari tu, saya berazam akan didik anak saya Al-Quran supaya menjadi darah dagingnya. Untuk train anak lelaki susah sikit sebab mereka cepat hilang fokus, tapi takpe..slow, slow..  banyak kelebihan bila al-Quran jadi nadi dalam diri anak-anak, antaranya suroh al-Kahf 1-10, boleh menjadi pendinding dari kejahatan dunia, insyaAllah..banyak lagi tips yang dipelajari untuk didik anak2 menjadi anak soleh, kalau nak tahu cuba pelajari daripada ibu-ibu yang telah berjaya anatarnya Puan Lina Karim anak-anaknya Darwish dan Darwisya..

p/s: Islamic perenting network.net tqvm!

Monday, January 5, 2015

Hijrah Hati,Nurani

Assalamualaikum wbt.

Dengan rahmat Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, ibu masih lagi bernafas di saat ini 5 Januari 2015. Sudah 28 tahun ibu hidup dimuka bumi Allah ini, sudah 2 tahun ibu bersama dengan ayah, dan sudah 1 tahun lebih ibu bersama Asyraf, Alhamdulillah...syukur dengan nikmat yang Allah beri kepada Ibu.
Dalam tak sedar masa berlalu, kita semakin menghampiri saat-saat matahari timbul dari Barat..ibu baru tersedar bertapa ruginya ibu selama ini. Ibu baru terasa takut akan Mati. Siapa akan menemani Ibu dalam kubur yang gelita itu? Siapa yang mahu tolong ibu saat Malaikat Munkar dan Nankir menyoal ibu? Sudah banyakkah amalan yang ibu bawa bersama? Banyakkah sedekah jariah yg ibu lakukan..?

Oh anakku Asyraf, engkaulah harta ibu  dan ayah disana..hanya doa seorang anak yang soleh dapat menolong kami. Wahai ibu disana, janganlah ditentang kemahuan anak jika mahu menjadi Al-Hafiz (penghafal Al-Quran), ketahuilah, mereka akan membawamu ke syurga, ajarkanlah mereka pengetahuan agama, supaya mereka menjadi Khalifah Allah yang beriman dan bertaqwa. Gilaplah mereka menjadi permata yang bersinar dicelah timbunan sampah dunia. Kejayaan didunia sementara, kejayaan akhirat selama-lamaya..MasyaAllah.

Hijrah penampilan: menutup aurat, alhamdulillah...walaupun bukan mudah dilakukan, dengan istiqamah, dorongan keluarga, masyarakat insyaAllah kita boleh lakukan. Siapa kata masyarakat tidak mendorong anda utk berubah? jika dipndang dari sudut negetif ya, memang anda akan terpengaruh dgn fesyen tekini dan lain-lain, tetapi jika melihat dari segi positif, ramai artis-artis kita yang sudah berhijrah. Jika dipandang dengan mata hati, kita akan rasa hidayah Allah itu mengalir dalam hati...Hidayah Allah datang dari pelbagai bentuk termasuklah, contoh dan teladan... Seperti ibu juga sebelum ini, bermula dgn seorg kawan yg berhijrah, naluri ibu rase terpukul, malu pada diri sendiri..why not me?? cuma kita yang tidak sedar...Allahu Akbar

Ibu suke perhatikan orang, ramai dah kawan-kawan ibu yang bertudung mengikut syariat.. Alhamdulillah, setiap orang dari mereka ini sebenarnya membawa mesej-mesej untuk orang lain. Hanya orang yang berfikir dan pandang dengan mata hati saja yang tahu dan rase...

Now, Hijrah Nurani..lebih kepada akhlak dan peribadi. It is hard for me.. banyak kelemahan dan keburukan dalam diri yang hanya kita saja tahu, dan hanya kita yang boleh ubah. Sangat-sangat susah melawan nafsu. Ibu selalu tewas dengan nafsu... Ibu-ibu sekalian, jangan dimarah jika anak-anak susah mendengar kata atau dididik, sebagaimana kita rasa susah untuk mendidik diri sendiri, inikan pula mahu mendidik orang lain?

Walau bagaimanapun susahnya, kita harus mencuba, sekurang-kurangnya kita berjihad melawan nafsu. Wahai suami doronglah isteri, sokonglah kerana keredhaan Allah kepada isteri terletak pada keredhaan suami. Wahai suamiku, ampunkan salah silap ibu, redhai lah Ibu. Wahai anak, Ibu sayang kamu dunia akhirat. Bintang dan Hati Ibu..

Buatlah checklist apa yang perlu kita ubah, moga-moga Allah membantu kita.. =)