Assalamualaikum wbt.
Dengan rahmat Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, ibu masih lagi bernafas di saat ini 5 Januari 2015. Sudah 28 tahun ibu hidup dimuka bumi Allah ini, sudah 2 tahun ibu bersama dengan ayah, dan sudah 1 tahun lebih ibu bersama Asyraf, Alhamdulillah...syukur dengan nikmat yang Allah beri kepada Ibu.
Dalam tak sedar masa berlalu, kita semakin menghampiri saat-saat matahari timbul dari Barat..ibu baru tersedar bertapa ruginya ibu selama ini. Ibu baru terasa takut akan Mati. Siapa akan menemani Ibu dalam kubur yang gelita itu? Siapa yang mahu tolong ibu saat Malaikat Munkar dan Nankir menyoal ibu? Sudah banyakkah amalan yang ibu bawa bersama? Banyakkah sedekah jariah yg ibu lakukan..?
Oh anakku Asyraf, engkaulah harta ibu dan ayah disana..hanya doa seorang anak yang soleh dapat menolong kami. Wahai ibu disana, janganlah ditentang kemahuan anak jika mahu menjadi Al-Hafiz (penghafal Al-Quran), ketahuilah, mereka akan membawamu ke syurga, ajarkanlah mereka pengetahuan agama, supaya mereka menjadi Khalifah Allah yang beriman dan bertaqwa. Gilaplah mereka menjadi permata yang bersinar dicelah timbunan sampah dunia. Kejayaan didunia sementara, kejayaan akhirat selama-lamaya..MasyaAllah.
Hijrah penampilan: menutup aurat, alhamdulillah...walaupun bukan mudah dilakukan, dengan istiqamah, dorongan keluarga, masyarakat insyaAllah kita boleh lakukan. Siapa kata masyarakat tidak mendorong anda utk berubah? jika dipndang dari sudut negetif ya, memang anda akan terpengaruh dgn fesyen tekini dan lain-lain, tetapi jika melihat dari segi positif, ramai artis-artis kita yang sudah berhijrah. Jika dipandang dengan mata hati, kita akan rasa hidayah Allah itu mengalir dalam hati...Hidayah Allah datang dari pelbagai bentuk termasuklah, contoh dan teladan... Seperti ibu juga sebelum ini, bermula dgn seorg kawan yg berhijrah, naluri ibu rase terpukul, malu pada diri sendiri..why not me?? cuma kita yang tidak sedar...Allahu Akbar
Ibu suke perhatikan orang, ramai dah kawan-kawan ibu yang bertudung mengikut syariat.. Alhamdulillah, setiap orang dari mereka ini sebenarnya membawa mesej-mesej untuk orang lain. Hanya orang yang berfikir dan pandang dengan mata hati saja yang tahu dan rase...
Now, Hijrah Nurani..lebih kepada akhlak dan peribadi. It is hard for me.. banyak kelemahan dan keburukan dalam diri yang hanya kita saja tahu, dan hanya kita yang boleh ubah. Sangat-sangat susah melawan nafsu. Ibu selalu tewas dengan nafsu... Ibu-ibu sekalian, jangan dimarah jika anak-anak susah mendengar kata atau dididik, sebagaimana kita rasa susah untuk mendidik diri sendiri, inikan pula mahu mendidik orang lain?
Walau bagaimanapun susahnya, kita harus mencuba, sekurang-kurangnya kita berjihad melawan nafsu. Wahai suami doronglah isteri, sokonglah kerana keredhaan Allah kepada isteri terletak pada keredhaan suami. Wahai suamiku, ampunkan salah silap ibu, redhai lah Ibu. Wahai anak, Ibu sayang kamu dunia akhirat. Bintang dan Hati Ibu..
Buatlah checklist apa yang perlu kita ubah, moga-moga Allah membantu kita.. =)
No comments:
Post a Comment