Wednesday, January 28, 2015
Islamic Perenting Seminar 24 Jan 2015
Alhamdulillah, syukur diperkenalkan dgn teknik mengasuh anak dgn Al-Quran dari bayi. Alhamdulillah juga saya telah amalkan dari bayi lagi (bagi dengar audio alif ba ta dan flash card). Sekarang anak saya berusia 1 tahun 9 bulan sudah mula kenal huruf-huruf hijayiah dan boleh sebut satu persatu.... ini saya ajar secara tak formal maksudnya tak serius, kadang-kadang je saya train, tp alhamdulillah, anak saya minat arabic, zikir, azan dan org mengaji. Selepas saya join kursus islamic parenting oleh Lina Karim and the team baru-baru ni, saya jumpa ramai lagi peserta kursus yg telah mengamalkn teknik ini dan mereka berjaya mendidik anak mereka menghafal al-Quran. Saya sangat teruja dan nak sangat anak saya pun boleh jadi macam tu, so, start daripada hari tu, saya berazam akan didik anak saya Al-Quran supaya menjadi darah dagingnya. Untuk train anak lelaki susah sikit sebab mereka cepat hilang fokus, tapi takpe..slow, slow.. banyak kelebihan bila al-Quran jadi nadi dalam diri anak-anak, antaranya suroh al-Kahf 1-10, boleh menjadi pendinding dari kejahatan dunia, insyaAllah..banyak lagi tips yang dipelajari untuk didik anak2 menjadi anak soleh, kalau nak tahu cuba pelajari daripada ibu-ibu yang telah berjaya anatarnya Puan Lina Karim anak-anaknya Darwish dan Darwisya..
p/s: Islamic perenting network.net tqvm!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment